MENGENAI KAMI

SIAPA KAMI

Usahawan Trading & Sevices (UTS) adalah sebuah syarikat bumiputera yang di tubuhkan pada tahun 2010 sangat mahir dan cekap di dalam segala urusan pentadbiran dan teknikal bagi minuman yang beroperasi menggunakan konsep layan diri atau lebih di kenali dengan Drinking Vending Machine.

Pengalaman (UTS) yang luas di dalam bidang ini membuatkan syarikat ini mensasarkan 30 orang setiap bulan dengan bagaimana kita semua boleh menjanakan pendapatan secara pasif 24 jam sehari tanpa pengawasan yang rapi, kos yang minimum dari segi operasi dan juga kos penjagaan vending mesin.

UTS menawarkan peluang perniagaan mesin layan diri (Drinking Vending Machine) untuk pasaran seperti kedai runcit , kedai yang beroperasi 24 jam , terminal pengangkutan , hospital dan banyak lagi sasaran , sebagai satu peluang menjana keuntungan tambahan melengkapi perniagaan sedia ada dan pembekal perkhidmatan.

MENGENAI PENGARAH URUSAN

Salam

Saya Wan dari Putrajaya. Saya merupakan penjawat awam di sebuah kementerian di Putrajaya. Saya telah mengusahakan perniagaan vending machine secara partime dari tahun 2009 dan beberapa perniagaan pasif yang lain. Berbekalkan pengalaman di bidang kejuruteraan dan juga merupakan lulusan ijazah kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di selatan tanah air, saya komited menjadikan vending machine sebagai suatu perniagaan pasif saya.

Tidak kurang juga pengalaman berurusan dengan lebih 14 pembekal mesin di sekitar Lembah Klang dan pengalaman pahit berurusan sesetengah supplier ini, saya bangkit untuk menimba ilmu tentang vending machine secara berguru dan pengalaman juruteknik-juruteknik saya. Rentetan dari pengalaman pahit tersebut saya dapati perniagaan vending ini boleh menjana pendapatan yg stabil namun perlu ilmu dan pengalaman sebelum memulakannya.

Setelah memiliki lebih 10 biji vending machine saya sendiri, saya beranikan diri untuk berkongsi ilmu vending dan pengalaman bersama pengusaha yang lain terutama mereka yang baru ingin menceburkan diri di dalam bidang ini. Saya telah mengasaskan kelas perkongsian ilmu dan praktikal pengusaha vending machine secara percuma. Alhamdulillah setakat ini saya telah mempunyai 47 orang anak didik (mentee) di seluruh malaysia.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kesempatan masa pula, saya telah tawarkan Personal Coaching dengan bayaran yang berpatutan. InsyaAllah saya cuba membantu usahawan-usahawan dan bakal-bakal usahawan untuk mempunyai perniagaan vending yang stabil dan menjana pendapatan pasif secara berterusan.

Semoga kelebihan yang sedikit ini dapat kita manafaatkan tanpa mengganggu gugat mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Harap tuan/puan dapat manafaat dari apa yang saya kongsikan.

Terima kasih.

WAN PUTRAJAYA-0127292850.

VISI & MISI

VISI

Usahawan Trading Services sebagai Institusi Strategik Pembangunan Usahawan Yang Unggul.

 

MISI

Menyediakan Peluang Perniagaan Dan Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Keusahawanan.

MENGAPA KAMI

Mudah dan Cepat

Menyediakan peluang usahaniaga secara mudah dan cepat.

Peluang Perniagaan

Menyediakan maklumat keusahawanan dan peluang-peluang perniagaan.

Bimbingan dan Sokongan

Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada para usahawan yang menyertai program UTS.

w

Komuniti Usahawan

Mewujudkan Komuniti Usahawan UTS yang berdaya usaha, inovatif dan progresif serta jaringan perniagaan.

Budaya Keusahawanan

Memupuk Budaya Keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.

Budaya Menabung

Menggalakkan Budaya Menabung di kalangan usahawan UTS.